Perbandingan Metodologi Penafsiran Tafsir Al-Azhar Dan Fi Zilal Al-Quran Dalam Surah Al-Ra?Du
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui metodologi tafsir yang terdapat dalam tafsir Fi Zilal al- Quran dan Tafsir al-Azhar dalam mentafsirkan al-Quran serta perbandingannya. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan dua orang tokoh iaitu Sayyid Qutb dan Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka) sebagai ulama’ tafsir serta menghuraikan intisari Surah al-Ra’du. Penyelidik telah menggunakan metode dokumentasi dan penyelidikan perpustakaan. Untuk kajian ini, penyelidik mengkaji metodologi yang digunakan bagi setiap penafsir sewaktu menafsirkan Surah al-Ra’du serta perbandingan kedua-duanya mengikut metodologi Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa kedua-dua tafsir ini menggunakan penafsiran bi ma’thur dan bi ra’yi. Walaubagaimanapun penafsiran dalam surah ini wujud perbezaannya dari sudut tema atau gaya dan metode penafsiran dalam menafsiran sesuatu ayat dalam surah ini. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu bagi memartabatkan ilmu penafsiran dan tafsir al-Quran. katakunci: Fi Zilal al-Quran, metodologi tafsir, Tafsir al-AzharDate
2010-10-23Type
ArticleIdentifier
oai:generic.eprints.org:10713http://eprints.utm.my/10713/1/PERBANDINGAN_METODOLOGI_PENAFSIRAN_TAFSIR_AL.pdf
Rosman, Arieff Salleh and Samngani, Mohd Zikri (2010) Perbandingan Metodologi Penafsiran Tafsir Al-Azhar Dan Fi Zilal Al-Quran Dalam Surah Al-Ra?Du. Perbandingan Metodologi Penafsiran Tafsir Al-Azhar Dan Fi Zilal Al-Quran Dalam Surah Al-Ra?Du . pp. 1-8. (Unpublished)