Pengurusan perubahan menurut perspektif Islam / Zulkifli Dahalan and Wahairi Mahmud
Abstract
Perubahan adalah lumrah dalam alam kehidupan manusia. Manusia tidak mungkin berada kaku di sesuatu keadaan tanpa menempuh sebarang bentuk perubahan. Paling nyata, fizikal dan kemampuan manusia sentiasa berubah selaras dengan perkembangan usia. Selaras dengan peranan dan fungsi sebagai khalifah, manusia menjadi agen utama kepada sebarang proses perubahan. Pengutusan para rasul sendiri adalah untuk mengubah manusia agar menepati kehendak Allah selaku Pencipta sebenar berpaksikan kepada akidah tauhid. Selain peranan rasul, manusia juga perlu berilmu untuk menguruskan perubahan. Perubahan tidak boleh ditangani melalui emosi tanpa kawalan. Manusia yang tidak bersedia berubah akan mendapati dirinya ketinggalan. Menguruskan perubahan hendaklah dilakukan secara beretika agar ianya selari dengan keperluan dan kehendak manusia dan Penciptanya. Situasi inilah yang wajar diberi penekanan dalam konteks perkhidmatan awam di Malaysia.Date
2009Type
ArticleIdentifier
oai:ir.uitm.edu.my:14824http://ir.uitm.edu.my/14824/1/AJ_ZULKIFLI%20DAHALAN%20ESTEEM%2009.pdf
var ga_tracker_code = 'UA-55324804-8'; (function(i,s,o,g,r,a,m){i['GoogleAnalyticsObject']=r;i[r]=i[r]||function(){ (i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o), m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m) })(window,document,'script','https://www.google-analytics.com/analytics.js','ga'); ga('create', 'UA-55324804-8', 'auto'); ga('send', 'pageview'); Dahalan, Zulkifli and Mahmud, Wahairi (2009) Pengurusan perubahan menurut perspektif Islam / Zulkifli Dahalan and Wahairi Mahmud. Esteem Academic Journal, 5 (2). pp. 93-113. ISSN 1675-7939