Online Access
http://eprints.utm.my/56168/1/MohdNasirMasroom2014_PerananAmalanKesukarelawananTerhadapPembinaanABS.pdfAbstract
Semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat Melayu bukanlah suatu perkara yang asing dan baru. Semangat ini dapat dilihat ketika melaksanakan sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong royong dan bekerjasama oleh ahli di sesebuah komuniti. Kaedah melaksankan kerja yang dilakukan secara beramai-ramai dan sukarela ini sudah menjadi amalan sejak sekian lama dahulu lagi. Dalam Islam, sikap saling tolong menolong dan bantu membantu dalam melaksanakan kerja-kerja yang mendatangkan kebaikan dan ketakwaan adalah suatu tuntutan. Namun begitu, tidak ramai yang sedar bahawa kerja-kerja kesukarelawanan ini selain mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama, ia juga sebenarnya mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kesihatan jiwa seseorang individu. Kertas kerja ini cuba membincangkan peranan kesukarelawanan terhadap pembinaan kesihatan jiwa dari pandangan Islam.Date
2014-04Type
Conference or Workshop ItemIdentifier
oai:generic.eprints.org:56168http://eprints.utm.my/56168/1/MohdNasirMasroom2014_PerananAmalanKesukarelawananTerhadapPembinaanABS.pdf
Masroom, Mohd. Nasir and Muhammad, Siti Norlina and Panatik, Siti Aisyah (2014) Peranan amalan kesukarelawanan terhadap pembinaan kesihatan jiwa. In: Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), 9-10, April 2014, Johor Bahru, Malaysia.