Contributor(s)
Jasmi, Kamarul AzmiKeywords
BL ReligionBV Practical Theology
LB1603 Secondary Education. High schools
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
BV1460 Religious Education
Full record
Show full item recordOnline Access
http://eprints.utm.my/45446/1/KhadijahAbdulRazak2015_PenghayatanSifatDa%27idlmKalanganGuruCv.pdfAbstract
Mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah merupakan subjek yang wajib dipelajari oleh semua pelajar dengan berpandukan kepada falsafah dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Islam bukan hanya melibatkan proses penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam sahaja, malah ia mesti selari dengan proses pembentukan insan soleh sehingga mencapai kejayaan di dunia dan akhirat (Kamarul Azmi dan Ab. Halim Tamuri 2007). Penghayatan pelajar kepada Islam ini mampu membentuk sifat mahmudah, keperibadian mulia dan menjadikan mereka hamba Allah yang dapat melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Pelajar bukan sekadar perlu memahami ilmu yang dipelajari sahaja, mereka juga berperanan dalam usaha membangunkan diri, masyarakat dan negara ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat. Oleh itu, guru Pendidikan Islam yang secara langsung terlibat dalam merealisasikan matlamat dan falsafah ini memikul tanggungjawab yang amat mencabar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mengembangkan potensi pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Date
2015Type
Book SectionIdentifier
oai:generic.eprints.org:45446http://eprints.utm.my/45446/1/KhadijahAbdulRazak2015_PenghayatanSifatDa%27idlmKalanganGuruCv.pdf
Abdul Razak, Khadijah and Dzakaria, Mohamad Zaid (2015) Penghayatan sifat da’i dalam kalangan guru Pendidikan Islam. In: Pemerkasaan Pendidikan Islam dalam Cabaran Zaman. Persatuan Intelek Muslim Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 71-92. ISBN 978-967-10160-55-70