Motivasi pelajar terhadap Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Satu analisis keperluan
Online Access
http://eprints.utm.my/54911/1/Norhapizah2016_MotivasiPelajarTerhadapKursusTamadun%28full%29.pdfAbstract
Kemunculan teknologi pembelajaran yang kian berkembang mengubah corak pembelajaran di institusi pendidikan tinggi (IPT). Sehubungan itu, strategi pengajaran mengalami pembahan sejajar dengan transisi yang berlaku bagi memastikan kursus yang ditawarkan mendapat sambutan daripada pelajar. Justem, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah pengajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) berserta motivasi pelajar terhadap kursus berkenaan . Kajian menggunakan kaedah tinjauan deskriptif menerusi soal selidik. Seramai 481 pelajar terlibat di dalam kajian ini. Analisis keperluan pengguna menunjukkan kaedah pengajaran yang diminati oleh pelajar ialah kaedah bercerita 27 % (n=130), Blended Learning 23.1% (n=l 11), kaedah syarahan 21.2% (n=102), diikuti dengan lawatan ilmiah 12.9% (62 orang). Sedangkan kaedah yang sering kali dilakukan oleh pensyarah ialah kaedah syarahan iaitu 63% (n=303) dan kaedah pengajaran berbantukan ICT beijumlah 16.2% (n=78). Sehubungan itu, kajian mendapati tahap motivasi untuk mempelajari Kursus TITAS pada aras sederhana tinggi. Dapatan ini digunakan untuk mereka bentuk instruksi dan menambah baik kompetensi pedagogi kursus TITAS selari dengan pembahan teknologi semasa dengan menyeimbangkan aspek nilai dan pembinaan ilmu.Date
2016-05-21Type
Conference or Workshop ItemIdentifier
oai:generic.eprints.org:54911http://eprints.utm.my/54911/1/Norhapizah2016_MotivasiPelajarTerhadapKursusTamadun%28full%29.pdf
M. B., Norhapizah and A. H., Tamuri and N. M., Nordin and M. Z., Siti Zafrina (2016) Motivasi pelajar terhadap Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Satu analisis keperluan. In: Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Islam (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.