Abstract
Warisan sering diistilahkan sebagai peninggalan generasi lampau yang menjadi tatapan generasi sekarang, ianya datang sebagai pusaka atau panduan dan renungan bagi generasi berikutnya yang prihatin dengan perjalanan sebuah tamadun. Warisan dalam al-Qur`an sering dipahami hanya terhad kepada pembahagian harta pusaka sahaja manakala kontennya lebih daripada itu, oleh yang demikian makalah ini cuba mengemukakan suatu pandangan mengenai konsep warisan yang terdapat dalam al-Qur`an dengan berpandukan kepada sistem pentafsiran tematik al-Qur`an, di mana fakta-faktanya banyak dijumpai pada ayat-ayat yang mengandungi kisah (sejarah) nabi-nabi dan rasul, dan ini mempunyai nilai warisan yang menjadi renungan dan tatapan umat-umat yang datang selepasnya. makalah ini terfokus pada persitilahan warisan, konsep warisan, dan kesannya terhadap masa kini dalam kaitannya dengann al-Qur`an .Date
2011Type
Conference or Workshop ItemIdentifier
oai:eprints.uthm.edu.my:2182http://eprints.uthm.edu.my/2182/1/KONSEP_WARISAN_DALAM_AL%2DQUR%60AN.pdf
Rusdi, Mikdar (2011) Konsep warisan dalam al-Qur'an satu tinjauan tafsir maudu'i. In: Seminar Antarabangsa Sejarah dan Warisan Empayar Johor-Riau , 5-7 November 2010, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada, Johor.